Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Jika seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 27 maka adalah menjadi suatu pembelaan baginya membuktikan bahawa pelepasan atau penumpahan itu adalah—
(a)
bagi maksud menjamin keselamatan vesel;
(b)
bagi maksud menyelamatkan nyawa manusia;
(c)
akibat kerosakan kepada vesel dan bahawa segala langkah yang munasabah telah diambil untuk mengelak, menghenti atau mengurangkan pertumpahan itu;
(d)
akibat sesuatu kebocoran, yang bukan disebabkan oleh tidak adanya kecermatan, dan bahawa segala langkah yang munasabah telah diambil untuk menghenti atau mengurangkan kebocoran itu;
(e)
akibat sesuatu pengaliran yang disebabkan oleh kerja pembersihan minyak, dan bahawa segala langkah yang munasabah telah diambil untuk menghapuskan minyak itu dari pengaliran itu dan bahawa melupuskan pengaliran itu dengan apa-apa cara yang lain daripada melepas atau
40
Undang-Undang Malaysia menumpahkannya ke dalam perairan Malaysia tidak boleh dipraktikkan dengan munasabah.
Melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia dilarang