Malaysia legislation
Section 29C
Seksyen 29C
Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen 29A atau 29B, adalah menjadi pembelaan jika orang, pemunya atau penduduk premis itu membuktikan—
(a)
bahawa pembakaran terbuka itu berlaku di luar kawalannya atau tanpa pengetahuan atau pembiaran atau persetujuannya; atau
(b)
bahawa dia—
(i)
mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah; atau
(ii)
menjalankan segala usaha yang wajar, untuk mencegah pelakuan kesalahan yang sepatutnya diambil dan dilaksanakan olehnya dengan mengambil kira jenis tanggungjawabnya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
Kuasa untuk melarang penggunaan apa-apa bahan atau kelengkapan