Malaysia legislation
Section 31A
Seksyen 31A
(2)
Menteri, dalam hal keadaan yang dia menganggap bahawa alam sekeliling, kesihatan awam atau keselamatan awam adalah atau berkemungkinan terancam dengan serius, boleh mengarahkan
Ketua Pengarah—
(a)
mengeluarkan suatu perintah yang menghendaki seseorang itu untuk memberhentikan segala perbuatan yang mengakibatkan pelepasan benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan; dan
(b)
menyebabkan dan menjadikan apa-apa jentera, kelengkapan, loji atau proses orang itu tak boleh beroperasi.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.
Pemunya atau penduduk hendaklah menyenggara dan mengendalikan kelengkapan