Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(2)
Maka hendaklah juga ada seorang Timbalan Pengerusi
Lembaga Rayuan (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut sebagai Timbalan Pengerusi) yang hanya akan berkhidmat dalam
Lembaga Rayuan jika Pengerusi tidak berupaya menjalankan tugas-tugasnya oleh kerana sakit, tidak ada di Persekutuan atau oleh apa-apa jua sebab yang lain; dan apabila Timbalan Pengerusi berkhidmat dalam Lembaga Rayuan di bawah hal keadaan yang tersebut di atas dia hendaklah menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
(3)
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah orang-orang yang dinamakan oleh Ketua Hakim Negara dari antara orang-orang yang telah menjadi peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi di
Malaysia atau anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang
Persekutuan selama tempoh tujuh tahun sebelum penamaan itu dan mereka hendaklah dilantik melalui suatu pemberitahuan dalam Warta oleh Menteri selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan seseorang yang dilantik sedemikian adalah layak untuk dilantik semula.
(4)
Pengerusi boleh meminta mana-mana dua orang ahli daripada suatu panel orang-orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta untuk berkhidmat dalam Lembaga
Rayuan.
(b)
Perlantikan seseorang ahli, selain daripada Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi, ialah selama tempoh tiga tahun melainkan jika
Kualiti Alam Sekeliling 55
dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau perlantikannya dibatalkan terlebih dahulu.
(5)
Menteri boleh membatalkan perlantikan Pengerusi atau
Timbalan Pengerusi atau perlantikan ahli-ahli yang lain itu tanpa memberi apa-apa sebab.
(6)
Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang ada mempunyai sesuatu kepentingan dalam apa-apa perkara yang dibentangkan di hadapan
Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga Rayuan nyataan mengenai kepentingannya dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa pembicaraan
Lembaga Rayuan berhubungan dengan perkara itu.
(7)
Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh
Pengerusi Lembaga Rayuan selepas menimbangkan pendapat dua orang ahli yang lain itu tetapi dalam membuat keputusannya Pengerusi tidak terikat menurut pendapat dua orang ahli yang lain itu atau pendapat salah seorang daripada mereka dengan syarat bahawa
Pengerusi hendaklah merekodkan sebab-sebabnya mengapa dia tidak bersetuju dengan pendapat itu.
(8)
Sebagai tambahan kepada segala kuasa yang diberi kepada
Lembaga Rayuan di bawah Akta ini, Lembaga Rayuan adalah juga mempunyai kuasa untuk mengaward kos atau membuat apa-apa perintah berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya.
(9)
Kaedah-kaedah mengenai acara bagi pembicaraan rayuan di bawah Akta ini hendaklah mengikut, setakat mana yang boleh dipakai, *Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah dan Pengerusi hendaklah menyimpan suatu rekod mengenai pembicaraan itu.
(10)
Seseorang ahli adalah berhak kepada saraan atau elaun yang ditetapkan oleh Menteri.
*CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980] telah dimansuhkan oleh
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2012–lihat
Aturan 1, Kaedah 1 P.U. (A) 205/2012.
56
Undang-Undang Malaysia
BAHAGIAN VA
PEMBAYARAN SES DAN KUMPULAN WANG ALAM SEKELILING
Ses penyelidikan