Malaysia legislation

Section 36E

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 36E

Kumpulan Wang itu hendaklah ditadbirkan bagi maksud—

(a)

menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan kajian, audit alam sekeliling atau apa-apa aktiviti sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri berhubungan dengan apa-apa aspek pencemaran atau pencegahannya;

(b)

memulihkan buangan, atau menghilangkan, menyuraikan, memusnahkan, membersihkan, melupuskan atau mengurangkan pencemaran;

(c)

mencegah atau memerangi kejadian yang berikut:

(i)

tumpahan, pelepasan atau lambakan, minyak;

(ii)

pelepasan, peletakan atau lambakan, benda berbahaya kepada alam sekeliling; atau

(iii)

pelepasan, peletakan atau lambakan, buangan; dan

Kualiti Alam Sekeliling 59

(d)

menggalakkan langkah-langkah pemuliharaan terhadap apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan oleh mana-mana kejadian yang dinyatakan di bawah subperenggan (i), (ii) atau (iii) perenggan (c).

Section 36E — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my