Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Tiap-tiap ketinggalan atau kecuaian daripada mematuhi, dan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau dicuba hendak dilakukan berlawanan dengan, peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa pelanggaran terhadap syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang tertakluk padanya, atau yang atasnya, sesuatu lesen adalah dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini dan berkenaan dengan mana-mana kesalahan itu yang baginya tiada apa-apa penalti diperuntukkan dengan nyata, pesalah itu boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.