Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 43

Kesalahan-kesalahan oleh kumpulan-kumpulan orang dan oleh penjawat-penjawat dan ejen-ejen

(2)

Apabila jua dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang kerani, penjawat atau ejen apabila bertindak dalam masa menjalankan pekerjaannya, maka prinsipalnya hendaklah juga bertanggungan atas pelanggaran itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi pelanggaran itu melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa pelanggaran itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya atau bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah pelanggaran itu dan untuk memastikan pematuhan peruntukan-peruntukan itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan kerani, penjawat atau ejen itu daripada tanggungan mengenai penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa pelanggaran yang dibuktikan sebagai telah dilakukan olehnya.

Kualiti Alam Sekeliling 69

Pendakwaan

Section 43 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my