Malaysia legislation
Section 46B
Seksyen 46B
Pelucuthakan kenderaan, kapal, buku, dsb., yang disita
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita di bawah Akta ini, kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu hendaklah diambil dan
Kualiti Alam Sekeliling 71
disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis.
(4)
Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menunjukkan bahawa—
(a)
tiada pendakwaan berkenaan dengan kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau apa-apa dokumen lain itu;
(b)
kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu, hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5), (6) dan (7).
(5)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang dalam milikannya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu dipegang bahawa dia menuntut kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada
72
Undang-Undang Malaysia alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu.
(6)
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen.
(7)
Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Hakim Mahkamah
Sesyen hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
(8)
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (7)
merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu,
Hakim
Mahkamah
Sesyen itu hendaklah memerintahkan supaya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
(9)
Mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dilupuskan—
(a)
mengikut arahan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah
Sesyen; atau
Kualiti Alam Sekeliling 73
(b)
mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah.
Senarai kenderaan, kapal, buku, dsb., yang disita
46BA. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, seseorang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan senarai kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu.
(2)
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada orang yang mengawal atau bertanggungjawab bagi kenderaan, kapal, kapal terbang atau premis itu jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 38 atau 46A, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pelepasan buku, rekod, komputer, dsb., yang disita
46BB. (1) Jika mana-mana buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau apa-apa dokumen lain telah disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada
Pendakwa
Raya, melepaskan buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita.
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis
74
Undang-Undang Malaysia oleh Ketua Pengarah yang membuat pelepasan buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada
Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.
Kos memegang kenderaan, kapal, buku, dsb., yang disita
46BC. Jika mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.