Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Pemunya atau nakhodanya, atau mana-mana orang yang menyebabkan kenderaan atau kapal yang ditahan itu terus bergerak sebelum ia dilepaskan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada
Kualiti Alam Sekeliling 77
lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Jika pemunya kenderaan atau kapal itu tidak berupaya membayar kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam menghilangkan atau menghapuskan minyak itu atau campuran yang mengandungi minyak atau buangan terjadual itu, Ketua Pengarah boleh memohon kepada mahkamah bagi penjualan kenderaan atau kapal itu dan menggunakan hasil jualan itu untuk membayar kos dan perbelanjaan bagi menghilangkan atau menghapuskan minyak atau campuran yang mengandungi minyak atau buangan terjadual itu.
Kuasa menguji dan melarang penggunaan kenderaan