Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Pindaan seksyen 31a
Seksyen 31a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1712