Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Pindaan seksyen 45
Seksyen 45 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Ketua Pengarah atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai awam, mana-mana Jabatan Kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana perbadanan yang kepadanya Ketua Pengarah telah mewakilkan kuasa itu secara bertulis, boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan oleh Menteri sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.”.