Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024

Seksyen 8

Pindaan seksyen 23

Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh

Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

Section 8 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024