Malaysia legislation
Section 2
of AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN KEDUA KEPADA PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1977
Seksyen 2
Tafsiran
“Akaun Pelaburan” ertinya Akaun Jabatan Am yang ditubuhkan di bawah subperenggan 6(f)(i) Perkara XII Perkara-Perkara Perjanjian, yang dalamnya sumber wang Kumpulan Wang yang digunakan untuk dan terhasil daripada pelaburan akan disimpan.
“Akaun Pembayaran Khas” ertinya Akaun Jabatan Am yang dalamnya keuntungan daripada jualan emas Kumpulan Wang hendaklah disimpan untuk digunakan mengikut peruntukan yang mengawal Akaun itu dalam seksyen 12 Perkara V dan Jadual B kepada Perkara-Perkara Perjanjian;
Undang-Undang Malaysia 6
“Akaun Sumber Wang Am” ertinya Akaun Jabatan Am yang melaluinya Kumpulan Wang akan menjalankan semua penjalanan dan urusannya dengan menggunakan sumber wang am Kumpulan
Wang;
“Jabatan Am” ertinya Akaun yang melaluinya Kumpulan Wang akan menjalankan semua penjalanan dan urusan lain yang dibenarkan oleh Perkara-Perkara Perjanjian;
“Jabatan Hak-Hak Pengeluaran Khas” ertinya Akaun yang melaluinya Kumpulan Wang akan menjalankan semua penjalanan dan urusan yang melibatkan Hak-Hak Pengeluaran Khas yang diperuntukkan di bawah Perkara XV Perkara-Perkara Perjanjian, kecuali penjalanan dan urusan menurut seksyen 2 Perkara XVII
Perkara-Perkara Perjanjian;
“Kumpulan Wang Antarabangsa” (kemudian daripada ini disebut
“Kumpulan Wang”) ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa yang
Malaysia adalah menjadi ahli menurut kuasa seksyen 3 Akta
Perjanjian Bretton Woods 1957 [Akta 472];
“Perkara-Perkara Perjanjian” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian
Kumpulan Wang tersebut sebagaimana dipinda menurut Ketetapan
No. 31-4 yang diterima pakai oleh Lembaga Pengelola Kumpulan
Wang pada 30 April 1976.