Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983

Seksyen 13

Lembaga boleh berhenti daripada memperuntukkan, menyenggara atau membantu mana-mana penerima kurniaan pengajian di bawah

Akta ini yang melanggar atau gagal mematuhi terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga mengikut Akta ini atau jika Lembaga berpendapat bahawa tidak lagi menguntungkan atau berpatutan untuk diteruskan pengajian penerima itu selanjutnya disebabkan oleh kemajuan pengajiannya yang tidak memuaskan, salah laku atau keuzuran:

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal penghentian mana-mana kurniaan pengajian, Lembaga hendaklah membayar semua perbelanjaan yang perlu untuk membawa pulang penerima itu dan orang tanggungannya, jika ada, ke Persekutuan jika mereka telah meninggalkan Malaysia atas arahan atau dengan kelulusan

Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 284

Section 13 — AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983