Malaysia legislation

Section 20

of AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983

Seksyen 20

Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan

Tiada seorang pun anggota Lembaga hendaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau yang bergantung pada apa-apa pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, ejen atau orang yang bertindak di bawah kuasa Lembaga hendaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tindakan atau prosiding bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan dengan sepatutnya mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau anggotanya.

Section 20 — AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983