Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Kontrak yang sedia ada
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan yang ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau oleh Bank dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Bank telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Kumpulan Wang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kumpulan Wang.