Malaysia legislation

Section 5

of AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971

Seksyen 5

Wang Kumpulanwang hendak-lah di-gunakan dan adalah dengan ini di-peruntokkan bagi maksud—

(a)

memberi pinjaman atas apa² sharat sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Menteri Kewangan kapada mana² anggota perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam bagi sa-suatu Negeri) untok membolehkan atau membantu anggota itu membeli tanah dan membina atas tanah itu rumah kediaman dan jalan sa-bagai jalan masok kapada-nya; dan

(b)

memberi pinjaman kapada Kerajaan sa-suatu Negeri bagi maksud Kumpulanwang Pinjaman Perumahan bagi Negeri itu.

Section 5 — AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971