Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 55a seksyen yang berikut:
“Caruman kepada dan pengeluaran daripada Kumpulan
Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun 55b. (1) Walau apa pun seksyen 55a, apa-apa caruman yang telah dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan
Wang selepas ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun hanya boleh dikeluarkan apabila ahli itu mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(2)
Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan
Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.”.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1504
Pindaan seksyen 59