Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Pindaan seksyen 70c
(a)
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
(b)
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu—
(i)
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
(ii)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Jika seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia telah membuat pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kreditnya di bawah perenggan (1)(d), ahli Kumpulan Wang itu tidak boleh dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini melainkan jika dia telah memberikan kepada
Lembaga dan majikannya suatu notis sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen 59(1a) dan (3),
Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara
Malaysia untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya bagi maksud pengeluaran di bawah subseksyen 54(6) atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.”.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1504
Pindaan seksyen 70e