Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Seksyen baru 70h
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 70g seksyen yang berikut:
“Penghentian pembayaran dividen dan pemindahan kepada
Pendaftar Wang Tak Dituntut 70h. Walau apa pun subseksyen 50(2b) dan seksyen 51, tiada dividen boleh dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli
Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia jika tiada caruman telah dikreditkan ke dalam akaunnya selepas tempoh tiga tahun dari tarikh caruman terakhir dikreditkan, dan
Lembaga boleh memindahkan kesemua jumlah wang yang ada pada akaunnya kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut selepas habis tempoh itu.”.