Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2016

Seksyen 3

Seksyen baru 23a, 23b, 23c dan 23d

seksyen yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1504

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN

PEKERJA (PINDAAN) 2016

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1504

“Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Shariah 23a.  (1)  Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa

Penasihat Shariah yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Shariah bagi maksud menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli

Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen.

(2)

Jawatankuasa Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Fungsi Jawatankuasa Penasihat Shariah 23b.  Jawatankuasa Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menentukan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa;

(b)

untuk menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan

Shariah dan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa;

(c)

apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh

Lembaga.

Pelantikan ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah 23c.  (1)  Lembaga boleh melantik apa-apa bilangan orang, yang hendaklah tidak kurang daripada tiga orang, daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah, atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin lain yang berkaitan, sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat

Shariah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)

(2)

Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah tidak berhak kepada apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium, dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Rujukan kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah 23d.  (1)  Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan apa-apa perkara yang menghendaki penentuan prinsip Shariah oleh

Jawatankuasa Penasihat Shariah yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa.

(2)

Nasihat yang diberikan oleh Jawatankuasa Penasihat

Shariah mengenai apa-apa perkara yang dirujuk di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat Lembaga dan Panel

Pelaburan.”.

Pindaan seksyen 26

Section 3 — AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2016