Malaysia legislation

Section 3

of AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)

Seksyen 3

Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan

(a)

apabila suatu penghormatan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 808

seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong

(Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran

Yang di-Pertuan Agong;

(b)

semasa perbarisan rasmi atau majlis istiadat rasmi yang lain;

(c)

pada semua peristiwa apabila Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan

Agong);

(d)

apabila bendera Malaysia dibawa dalam perbarisan;

(e)

apabila panji-panji rejimen dianugerahkan;

(f)

bagi menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.

(2)

Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi

Lagu Kebangsaan.

(3)

Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

Memainkan versi ringkas

Section 3 — AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)