Malaysia legislation

Section 8

of AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)

Seksyen 8

Tanda hormat

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.

(3)

Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 808

sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

kegagalan mematuhi subseksyen (1) tanpa sebab yang baik dan mencukupi; dan

(b)

apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.

Menangkap tanpa waran

Section 8 — AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)