Malaysia legislation
Section 36
of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2025
Seksyen 36
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Pegawai diberi kuasa 18a. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai atau pegawai rasmi lain untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 18
(2)
Mana-mana pegawai atau pegawai rasmi yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai diberi kuasa mengikut pengertian Akta ini.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa yang menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22d suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah.
(4)
Apabila pegawai diberi kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22d, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3).”.
Penggantian seksyen 21a