Malaysia legislation
Section 39
of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2025
Seksyen 39
Seksyen 21c Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“mana-mana borang yang ditetapkan” dengan perkataan “mana-mana borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menentukan apa-apa syarat dan spesifikasi yang di bawahnya borang itu dikemukakan.”;
(c)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “boleh memberikan kebenaran secara bertulis” dengan perkataan
“boleh, melalui suatu borang, memberikan kebenaran”; dan
(ii)
dengan memotong perkataan “yang ditetapkan”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Pegawai yang disebut dalam seksyen 16 boleh, melalui suatu borang, memberikan kebenaran kepada seseorang pekerja untuk mengemukakan bagi pihaknya mana-mana borang mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1).
(3b)
Kebenaran yang disebut dalam subseksyen (3)
dan (3a) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen ini.”;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 875
(e)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Suatu borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (3)” dengan perkataan “Borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah mengikut subseksyen (3) atau (3a)”;
(f)
dalam subseksyen (5), dengan memotong perkataan
“yang ditetapkan” di mana-mana jua terdapat;
(g)
dalam subseksyen (6), dengan memotong perkataan
“yang ditetapkan” di mana-mana jua terdapat; dan
(h)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Dalam seksyen ini, “ejen cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 153
Akta Cukai Pendapatan 1967.”.
Pindaan seksyen 28