Malaysia legislation
Section 7
of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2025
Seksyen 7
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut
“Akta ibu” dalam Bahagian ini, dipinda dalam seksyen 13 dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:
“(8) Seseorang yang melupuskan aset yang boleh dikenakan cukai dan dikehendaki untuk membuat suatu penyata di bawah seksyen ini boleh memberitahu pemeroleh itu amaun cukai yang kena dibayar atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi pelupusan itu dalam penyata yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi maksud seksyen 21b.
(9)
Pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen (8)
hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pemeroleh oleh pelupus itu melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik pada hari yang penyata itu dibuat di bawah subseksyen (1) dikemukakan kepada
Ketua Pengarah.”.
Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 11
Pindaan seksyen 13a