Malaysia legislation
Section 42b
Seksyen 42b
Tempoh dari 1 Jun 2021 sehingga habis tempoh kuat kuasa atau apa-apa tarikh kuat kuasa yang dilanjutkan Akta ini, tetapi tidak melebihi 31 Disember 2022, hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada
Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7a(3) Ordinan
Buruh Sabah.
Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 7a(3)
bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 42c. (1) Tempoh yang mana-mana pekerja berada di suatu tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7a(3) Ordinan Buruh Sabah.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bahagian XIIIb
PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SARAWAK
Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan
Buruh Sarawak 42d. Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 29 Mei 2021.
Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8a(3)