Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020

Seksyen 5

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, jika difikirkan patut olehnya

(a)

mengehadkan atau menggantung amaun untuk digunakan dan diuntukkan bagi maksud apa-apa program; atau

(b)

mengarahkan mana-mana jumlah yang diuntukkan bagi suatu program supaya diuntukkan bagi menampung apa-apa program lain yang jumlah yang diuntukkan baginya mungkin tidak mencukupi suatu amaun tambahan daripada apa-apa lebihan daripada program yang mula-mula disebut.

8 Undang-Undang Malaysia

(3)

Menteri hendaklah memastikan bahawa penggunaan dan penguntukan wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 digunakan hanya bagi program yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual, dengan mengambil kira apa-apa yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan tidak melebihi jumlah amaun yang diperuntukkan bagi program-program itu.

Wang yang dibayar, digunakan dan diuntukkan mulai 27

Februari 2020 hingga tarikh penyiaran Akta disifatkan sah

Section 5 — AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020