Malaysia legislation
Section 8
of *AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020
Seksyen 8
Urusan Kumpulan Wang COVID-19 apabila habis tempoh Akta
(2)
Jika terdapat apa-apa baki wang dalam Kumpulan Wang
COVID-19 selepas semua bayaran dibuat di bawah subseksyen (1),
Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan
Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))
9
walau apa pun subseksyen 10(3) Akta Tatacara Kewangan 1957, baki wang itu hendaklah dibayar oleh Menteri ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta
Tatacara Kewangan 1957.
(3)
Selepas baki wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 dibayar menurut subseksyen (2), Kumpulan Wang COVID-19 itu hendaklah disifatkan terbubar dan Dewan Rakyat boleh, melalui suatu ketetapan, memotong Kumpulan Wang COVID-19 daripada Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957.