Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997

Seksyen 19

(2)

Kumpulan Wang ini hendaklah mengandungi—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;

(b)

apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana orang termasuk kumpulan industri dan perbadanan;

(c)

fi atau bayaran lain yang dibayar kepada Yayasan atau

Lembaga; dan

(d)

segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada Yayasan atau Lembaga atau terletak

18

Undang-Undang Malaysia hak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

(3)

Yayasan boleh mewakilkan fungsinya di bawah subseksyen (1)

kepada─

(a)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Yayasan;

(b)

Lembaga; atau

(c)

mana-mana pegawai Lembaga.

(4)

Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (3) tidaklah menghalang penjalanan serentak oleh Yayasan fungsi Yayasan yang diwakilkan sedemikian.

Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Section 19 — AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 | mylaw.my