Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Laporan tahunan
Yayasan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan tentang kegiatan
Yayasan dan Lembaga, kedua-duanya, sepanjang tahun kewangan itu dan menghantar satu salinan laporan itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan satu salinan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.