Malaysia legislation

Section 2

of AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Seksyen 2

Tafsiran

“syarikat” ertinya syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut;

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

“kumpulan wang kutu” ertinya skim atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau selainnya yang pesertanya menyumbang secara berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu ditawarkan untuk jualan atau pembayaran kepada peserta melalui lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa skim atau perkiraan daripada pelbagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;

“Menteri” ertinya, kecuali dalam seksyen 4, 5 dan 6, Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab atas perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“menganjurkan” termasuklah menguruskan, mengadakan, menjalankan atau selainnya mengelolakan, dan juga termasuklah membantu, menolong atau mengambil apa-apa bahagian dalam penganjuran itu.

(2)

(Tidak terpakai dalam terjemahan bahasa Malaysia).

(3)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini tentang penggulungan sesuatu syarikat termasuklah, dalam hal syarikat itu syarikat asing, sebutan tentang penggulungan hal ehwal syarikat asing itu setakat yang berkenaan dengan aset syarikat asing itu dalam Malaysia.

Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu

Section 2 — AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971