Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Tiada seorang pun boleh mendapatkan pendaftaran di bawah
Akta itu apa-apa perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu.
(3)
Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
(4)
Mana-mana rakan perniagaan yang, pada tarikh kuat kuasa Akta ini, telah didaftarkan di bawah Akta itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu hendaklah dengan segera terhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pendaftar bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran perniagaan itu.
(5)
Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(1)
Akta itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu, dan hendaklah memberitahu secara bertulis, orang yang bertanggungjawab bahawa perakuan itu telah dibatalkan dan sebabnya.
(6)
Mana-mana rakan perniagaan yang terkilan dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5)
boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5) kepada orang yang bertanggungjawab, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad; sementara rayuan itu belum selesai, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai penangguhan pembatalan perakuan pendaftaran perniagaan itu melainkan jika
Menteri mengarahkan selainnya.
(7)
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) dan mana-mana rakan sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 28
(8)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau disifatkan sebagai menjejaskan apa-apa tuntutan sivil yang mana-mana orang, termasuk peserta dalam kumpulan wang, mungkin ada terhadap mana-mana perniagaan yang telah dibatalkan perakuan pendaftarannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang terhenti menjalankan perniagaan oleh sebab peruntukan seksyen ini.
(9)
Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran balik fi oleh sebab pembatalan sesuatu perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan di bawah seksyen ini.
(10)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
seseorang Pendaftar atau pemeriksa boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada mereka masing-masingnya di bawah Akta itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Akta itu; dan
(b)
seksyen 2 Akta itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Akta itu.
Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan kumpulan wang kutu dilarang di Sabah