Malaysia legislation

Section 6

of AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Seksyen 6

(2)

Tiada seorang pun boleh mendapat lesen perdagangan di bawah Ordinan itu berkenaan dengan apa-apa perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu.

(3)

Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang diberi lesen di bawah Ordinan itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

(4)

Seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa telah dilesenkan di bawah

Ordinan itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu, hendaklah dengan segera terhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pemungut bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pemungut hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan berkenaan dengan perniagaan itu.

(5)

Pemungut hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan kepadanya di bawah

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 11

Ordinan itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, dan memberitahu, secara bertulis, tuan punya perniagaan itu bahawa lesen perdagangan itu telah dibatalkan dan sebabnya.

(6)

Mana-mana tuan punya sesuatu perniagaan yang terkilan dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pemungut di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5), merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan

Menteri itu adalah muktamad; sementara keputusan rayuan itu belum selesai, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai penangguhan pembatalan lesen perdagangan bagi perniagaan melainkan jika

Menteri mengarahkan selainnya.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

dan mana-mana tuan punya sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau disifatkan sebagai menjejaskan apa-apa tuntutan sivil yang mana-mana orang mungkin ada, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang telah dibatalkan lesen perdagangannya di bawah seksyen ini atau yang terhenti menjalankan perniagaan oleh sebab seksyen ini.

(9)

Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran balik cukai oleh sebab pembatalan mana-mana lesen perdagangan di bawah seksyen ini.

(10)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang Pemungut boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu; dan

(b)

seksyen 2 Ordinan itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

(11)

“Menteri” dalam seksyen ini ertinya Menteri yang disebut dalam Ordinan itu.

Pendaftaran sesuatu syarikat yang menganjurkan wang kutu dilarang

Section 6 — AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971