Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 7
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 5
hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan hendaklah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan
Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.