Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (PINDAAN) 2017

Seksyen 6

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “hendaklah menjadi ketua pegawai kerja”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Menteri hendaklah melantik seorang Pengurus

Besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan Lembaga;

(b)

perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan

(c)

pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan

“Tertakluk kepada arahan Pengerusi,”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan)

7

“(4)  Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga.”; dan

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak atau dipertanggungkan kepada Pengurus

Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—

(a)

tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian;

dan

(b)

hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.”.

Penggantian seksyen 16a

Section 6 — AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (PINDAAN) 2017