Malaysia legislation

Section 1965

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2011

Seksyen 1965

(2)

Perubahan nama “Lembaga Kemajuan Perindustrian

Malaysia” kepada “Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia”

apabila Akta ini mula berkuat kuasa tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi Lembaga atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya, dan apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan olehnya atau terhadapnya sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah diteruskan atau dimulakan di bawah namanya yang baru.

(3)

Semua tindakan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan, garis panduan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini, dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1399

berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan atau dibatalkan di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini.

(4)

Semua sebutan mengenai Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan

Perindustrian Malaysia dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(5)

Semua wang yang terkandung dalam atau yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Lembaga Kemajuan Perindustrian

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta ibu hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(6)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang disempurnakan oleh Lembaga di bawah meterai perbadanan

“Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia” sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya apabila Akta ini mula berkuat kuasa.

Section 1965 — AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2011