Malaysia legislation

Section 3

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (PINDAAN) 2017

Seksyen 3

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan;

(e)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri;

(f)

tiga orang wakil Kerajaan Negeri;

(g)

empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan Lembaga; dan

(h)

Pengurus Besar.";

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (3) dan (4)" dengan perkataan "subseksyen (3)";

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan ",3 dan 7" dengan perkataan "dan 3";

(d)

dengan memotong subseksyen (4); dan

(e)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “(f)” dengan perkataan “(h)”.

Seksyen baharu 5A

Section 3 — AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (PINDAAN) 2017