Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga.