Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991
Seksyen 7
Kontrak sedia ada
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 5 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah Kerajaan, dan bukannya Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.