Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Jawatankuasa Lembaga
(2)
Lembaga boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 724
(3)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(4)
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(5)
Lembaga boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
(7)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(8)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.
(9)
Lembaga boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(10)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
(11)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a)
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 19
(12)
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(13)
Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (11)
dan (12) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
(14)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(15)
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(16)
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a)
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa; atau
(b)
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.