Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 9
(a)
untuk membuat syor kepada Menteri mengenai dasar, kaedah, langkah dan strategi yang hendaklah diterima pakai bagi memajukan, memupuk dan memudahkan pembangunan seni visual di Malaysia;
(b)
untuk menubuhkan, mengendalikan dan menyenggarakan
Balai;
(c)
untuk membeli atau memperoleh apa-apa karya seni visual;
(d)
untuk memelihara objek seni visual di dalam Balai;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 724
(e)
untuk mengekalkan standard dan mutu seni visual;
(f)
untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan atau selainnya kepada pengendali seni visual di Malaysia;
(g)
untuk mendayausahakan aktiviti sama ada dengan atau tanpa penyertaan pengendali seni visual ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia;
(h)
untuk memajukan, membantu dan menyelaraskan aktiviti pengendali seni visual;
(i)
untuk memberikan sokongan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sokongan kewangan, nasihat dan maklumat, kepada mana-mana orang, organisasi atau institusi ke arah pemajuan pembangunan seni visual di
Malaysia;
(j)
untuk menjalankan aktiviti bagi maksud merangsang minat orang ramai dalam seni visual, memajukan pengetahuan, penghayatan dan amalan dalam seni visual dan memperbaik standard dalam seni visual; dan
(k)
untuk bertindak atas apa-apa sifat atau peranan ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia.
Kuasa Lembaga