Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997

Seksyen 2

Tafsiran

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“Lembaga” ertinya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah

Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Pemerbadanan) 1966 [Akta 398];

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di

Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 3(1), yang kepadanya harta, hak dan liabiliti Lembaga dipindahkan atau diletakhakkan di bawah subseksyen itu:

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 3(1);

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 7

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

“terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak kepada harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan.