Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997

Seksyen 5

(a)

sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau

(b)

hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.

(2)

Menteri Kewangan boleh melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta

Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5)

Duti setem tidaklah boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang—

(a)

dilaksanakan dengan penerbitan syer yang diuntukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh

Kerajaan; dan

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan dengan penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri

Kewangan di bawah perenggan (1)(b).

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 11

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

Section 5 — AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997