Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997
Seksyen 7
(2)
Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang hendak
12 Undang-undang Malaysia AKTA 570
diuntukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.
(3)
Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti—
(a)
peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3
hendaklah dikira sebagai suatu peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti yang kepadanya Lembaga berhak dan tertakluk sebaik sebelum penghujung tahun perakaunan genap terakhir Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan dan akan dikuatkuasakan kepada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan itu; dan
(b)
nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti Lembaga, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3
hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh
Lembaga, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir
Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan.
(4)
Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Lembaga, sama ada dengan cara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau melakukan, menilai semula atau melepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun pada apa-apa peruntukan rizab atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.
(5)
Tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan subseksyen
(4)
, amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan keuntungan terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 13
Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)
keuntungan yang dihasilkan dan disimpan oleh Lembaga telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti.
(6)
Sebutan dalam seksyen ini tentang akaun statutori syarikat pengganti ialah sebutan tentang apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta
Syarikat 1965 [Akta 125].
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.