Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992

Seksyen 16

Wang

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi guaman dan fi serta kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen dan ganjaran;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera, barang simpanan dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasa di bawah seksyen 4;

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(e)

pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 481

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Section 16 — AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992