Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a)
menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
(b)
menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
(c)
mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;
(d)
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini.
(3)
Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 21
(a)
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
(b)
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi lima ribu ringgit atau satu tahun pemenjaraan atau kedua-duanya.