Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Apa-apa permohonan untuk lesen atau perakuan pendaftaran, kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa jua pun maksud, atau apa-apa rayuan, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau Perbadanan sebelum hari ditetapkan, dan belum selesai sebelum hari sedemikian, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan di bawah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 diuruskan seolah-olah telah dibuat di bawah peruntukan itu, dan jika tiada peruntukan bersamaan sedemikian wujud, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada hari ditetapkan.
(3)
Apa-apa lesen atau perakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta termansuh hendaklah disifatkan sebagai lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 dan hendaklah sah selama tempoh enam bulan dari hari ditetapkan dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut yang terpakai bagi suatu lesen atau perakuan pendaftaran atau apa-apa syarat, had atau sekatan lain yang boleh dikenakan seolah-olah ia adalah suatu lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah
Akta itu.
(4)
Segala transaksi atau urus niaga yang dibuat atau dilaksanakan dengan sah, dan segala perniagaan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut Akta termansuh oleh mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan atau disifatkan dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, hendaklah disifatkan telah dibuat, dilaksanakan atau dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang, di bawah dan mengikut Akta Industri
Pelancongan 1992, dan apa-apa hak atau liabiliti yang berbangkit daripada transaksi, urus niaga atau perniagaan sedemikian yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan, hendaklah disifatkan terus sah dan menurut undang-undang di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
Kontrak sedia ada