Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
(2)
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Lembaga atau
Pesuruhjaya
Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap
Lembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap
Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 25
Menghalang anomali