Malaysia legislation
Section 9
of AKTA LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2019
Seksyen 9
(2)
Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
(3)
Mana-mana tanah yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
(4)
Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan, peruntukan Bahagian Tiga
Puluh Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 Tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Kerajaan.
(5)
Mana-mana harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Kerajaan.
(6)
Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Kerajaan pada tarikh peletakhakan, Kerajaan boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.